Melaka: Tempoh tahanan reman ke atas ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ dilanjutkan selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Perintah reman terhadap Noor Jan Tuah, 57, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V Kanasan jam 11.10 pagi selepas polis diwakili Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan RR Kumares mengemukakan permohonan itu.
Tempoh sambungan reman dari hari ini hingga Selasa ini dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Terdahulu, Noor Jan yang hadir di Kompleks Mahkamah Melaka pada jam 10 pagi diiringi pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sebelum meninggalkan kompleks mahkamah, jam 11.15 pagi.
Harian Metro 15 Januari lalu melaporkan, Noor Jan ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam, Jasin dipercayai untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri upacara meraih sokongan, Selasa lalu.
Tangkapan dibuat selepas polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dan gusar dengan tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.
Susulan itu, polis berjaya mendapatkan kebenaran tahanan reman selama empat hari ke atas lelaki berkenaan yang berakhir semalam.
KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Catat Ulasan