SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Terlepas daripada maut
BUTTERWORTH: Seorang pemandu dan kelindannya nyaris dihempap lori simen seberat lebih 50 tan ketika memeriksa kenderaan itu sebelum ia terbalik ke dalam Sungai Lokan, Sungai Dua, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika pemandu lori terbabit yang mahu dikenali sebagai Sham, 20-an dan kelindannya memberhentikan kenderaan itu di tebing sungai berkenaan berikutan enjinnya tiba-tiba mati
Menurut Sham, dia dan pembantunya dalam perjalanan menghantar bekalan simen ke kilang sebelum berhenti di tebing Sungai Lokan berikutan enjin lori berkenaan mati tiba-tiba.
"Saya dan pembantu turun untuk memeriksa bateri namun, hanya dalam beberapa saat lori terbalik ke dalam sungai.
"Kami bernasib baik kerana sempat mengelak ketika lori berkenaan terbalik. Jika tidak, sudah tentu kami kena hempap," katanya.
Sham berkata, lori dipandunya seberat lebih 20 tan manakala muatan simen seberat 30 tan dan dia sering menggunakan laluan di tepi Sungai Lokan untuk menghantar bekalan ke kilang berhampiran.
"Selalunya tidak ada masalah tetapi entah kenapa hari ini lori mula meragam. Apa pun kami bernasib baik kerana tidak dihempap atau tersepit dalam lori ketika ia terbalik.
"Kebetulan juga air sungai surut. Jika air pasang, keseluruhan lori pasti tenggelam," katanya.
--Hmetro
Related Articles
- 9 Keping Gambar Kemalangan Jalan Kampong Air Tawar Endau
- Gambar Gambar Bas EkspresTerbabas Di Jalan Endau - Rompin
- Gambar Gambar Kereta Terbakar Atas Towing Truck Di LPT
- Gambar Gambar MPV terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kg Sri Cheeding
- Adik meraung di sisi mayat abang
- Padah berbasikal lawan arus
Labels:
Disaster
Catat Ulasan