Home » , » Tidak serik dihukum penjara

Tidak serik dihukum penjara


KAMPUNG RAJA - Walaupun pernah meringkuk dalam penjara, seorang lelaki tidak pernah serik apabila dia ditahan lagi atas kesalahan sama kerana dipercayai memiliki sejumlah dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Teluk dekat Alor Lintah, kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, suspek berusia 40 tahun diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di kampung tersebut.

Menurutnya, ketika serbuan, polis menahan suspek yang kelihatan mencurigakan ketika berada di dalam bilik tidur bahagian depan rumah.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik itu, polis menemui satu bekas kertas bertudung di atas meja kecil dan apabila diperiksa, terdapat dua plastik cerah mengandungi serbuk putih disyaki heroin seberat 3.02 gram.

“Turut dijumpai, tujuh tiub serbuk sama (0.7 gram) dan satu tiub berisi serbuk kemerahan yang disyaki dadah seberat 0.1 gram,” katanya.

Kamaruddin berkata, suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkait dengan kesalahan dadah dan pernah meringkuk di dalam penjara, kini ditahan.

Malah katanya, saringan air kencing juga mendapati suspek yang merupakan penganggur, positif dadah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan remaja agar berfikir panjang sebelum terlibat dengan dadah kerana gejala tersebut boleh mendatangkan keburukan dan kerosakan pada diri sendiri.

“Ibu bapa juga dinasihatkan memantau aktiviti anak-anak serta mengambil tahu apa yang mereka lakukan terutama semasa berada di luar rumah,” katanya.
--Sinar
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger