Home » , » Wanita Poland diculik, rogol

Wanita Poland diculik, rogol


NEW DELHI - INDIA. Seorang wanita warga Poland, berusia awal tiga puluhan dilaporkan telah diculik dan diserang secara seksual kemungkinan di dalam kereta ketika perjalanan ke bandar dari Mathura pada malam, 2 Januari lalu.
(Gambar Hiasan)
Menurut polis, wanita itu bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun setengah itu mendakwa diacu dengan pisau dan diberi ubat pelali sebelum dirogol.

Mangsa juga berkata, tragedi itu berlaku sekitar jam 10 malam pada Khamis apabila dia dan anak perempuannya menunggu teksi di tepi jalan untuk ke Delhi.

Katanya, apabila sebuah kereta besar berwarna putih berhenti berdekatannya dan pemandu itu bertanya ke mana dia mahu pergi.

Sebaik wanita itu memaklumkan lokasi tujuannya, dia terus ditarik bersama anaknya ke dalam kereta itu.

Tidak berdiam diri, wanita itu kemudiannya terus menentang dan menjerit, namun pemandu tersebut mengeluarkan pisau panjang dan mengugut untuk menikam mereka.

Memetik laporan The Times of India, wanita itu juga mendakwa telah disembur sedatif yang menyebabkan wanita itu pengsan dan sebaik sedar pada keesokannya, dia mendapati dirinya berada di stesen keretapi Nizamuddin.

Dia kemudiannya meminta bantuan orang rami yang lalu lalang di situ.

Wanita itu membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan serta pemeriksaan di hospital.

Dia direkod dan didaftarkan di bawah seksyen penculikan, salah penahanan, menyebabkan kecederaan, keracunan dan rogol.

Berikutan kejadian, sepasukan polis telah dihantar untuk mengenalpasti tempat kejadian.

Kata mangsa, dia tidak boleh mengecam ke mana dia dan anaknya dibawa kerana berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Warsaw tetapi telah tinggal di Mathura selama tiga tahun kerana menyertai jemaah agama sambil membuat perniagaan mengeksport pakaian.

Bagaimanapun, apabila polis Delhi menghubungi stesen polis di Mathura, mereka diberitahu tiada kejadian seumpama itu direkodkan.

Polis juga cuba mengenalpasti pemandu teksi menggunakan pengimbas kamera litar tertutup (CCTV) di pondok tol untuk mencari kereta putih seperti yang didakwa wanita tersebut.
--sinar
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger