KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Yana buat pembedahan plastik?
SEJAK beberapa bulan lalu, anak emas Metrowealth International Group (MIG) ini dilihat mengalami perubahan ketara pada wajahnya sehingga ada yang mengatakan dia telah melakukan pembedahan plastik.
Turut dikatakan cuba melarikan diri daripada pihak media, pemilik nama Yana Samsudin ini bagaimanapun menafikannya dan menolak sebarang pembedahan plastik dilakukan pada dirinya.
Yana berkata, dia mengalami penurunan berat badan dan kemungkinan besar ia turut mempengaruhi wajah dan badannya.
Jelas pelakon Selamat Pagi Cinta ini lagi, kecederaan yang dialaminya semasa penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika, November lalu, turut menjadi faktor utama penurunan berat badannya.
"Kecederaan yang saya alami memang agak serius. Tapi tidaklah sampai masuk hospital. Saya terpaksa merahsiakan kecederaan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada rahsia syarikat.
“Masa balik ke Malaysia, memang ada penurunan mendadak. Lepas balik kampung itulah timbulnya cerita ini. Ramai yang tengok saya kurus, semua orang cakap saya lain dalam Instagram, tapi bila lihat kembali, orang cakap saya macam biasa dan sama saja macam dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam kelmarin.
Mengakui telah menjalani rawatan memutih dan meratakan gigi, Yana berkata, ia turut menyumbang perubahan pada wajahnya.
“Sebenarnya saya bukan obses sangat nak betulkan gigi, tapi dah alang-alang putihkan gigi, kenapa tidak saya betulkan terus,” katanya yang mengakui badannya turun dari 59 kilogram ke 53 kilogram selepas rawatan tersebut.
Kahwin tahun ini
Umum sudah tahu, Yana telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari.
Jika sebelum ini, Yana dilihat lebih berahsia mengenai hubungan mereka, namun kini dia semakin terbuka apabila mengakui sudah bersedia memegang status sebagai seorang isteri pada tahun ini.
“Hubungan kami macam biasa. Insya-ALLAH, tahun 2014 saya dah buka hati untuk berkahwin. Sebenarnya daripada tahun lalu lagi saya dah fikirkan tentang perkara ini. Ibu saya juga selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika tu saya katakan padanya yang saya belum bersedia.
“Bos saya (David Teo) juga selalu doakan saya cepat jodoh. Mungkin selepas lihat beberapa artis berkahwin, bos lebih terbuka. Saya artis wanita paling lama di bawah naungan MIG. Mungkin disebabkan itulah bos selalu doakan saya, sejak itulah saya terbuka hati dan sedia bergelar isteri.
“Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil),”katanya.
--SinarHarian
Labels:
B Malaysia
,
Entertainment
Catat Ulasan