SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Mahkamah perintah `Rambo Bentong' bela diri atas tuduhan bunuh dan rogol
TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan perogol bersiri, Rabidin Satir atau digelar 'Rambo Bentong' membela diri atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja, Annie Kok Yin Cheng, 17, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Terdahulu, dalam hujah penghakiman, Ab Karim menyatakan keputusan itu dibuat berdasarkan bukti DNA diperoleh dari pakaian dan badan mangsa yang dikemukakan pihak Timbalan Pendakwaraya adalah sepadan dengan DNA milik tertuduh.
Berdasarkan bukti itu, mahkamah mendapati tertuduh adalah orang terakhir yang berada bersama atau berhampiran mangsa pada hari kejadian.
Rabidin , 43, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong dekat sini.
Dakwaan terhadap tertuduh dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Lelaki itu turut didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Rabidin yang tidak bekerja diwakili peguam Richard Bong Chong Fook, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa.
Tertuduh kemudiannya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan mahkamah menetapkan perbicaraan untuk bela diri bermula Rabu ini.
Labels:
crime
Catat Ulasan