Home » » MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?

MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?


KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semakin kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Teknologi yang ada pada satelit pula tidak berupaya untuk mengesan objek dalam air.

Ini kerana ia hanya boleh mengesan objek pada permukaan air sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astronautic Technology Sdn. Bhd.(ATSB),  Datuk Ahmad Sabirin, keupayaan teknologi satelit sememangnya ada had.

Namun,  teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.


Isnin lalu, tentera laut Amerika Syarikat menghantar pengesan kotak hitam untuk digunakan pasukan yang menjejak MH370 di lokasi carian.

Sistem pengesan itu bergantung kepada isyarat akustik untuk membantu mencari kotak hitam pesawat tentera atau komersil yang terhempas dan terdampar sehingga 6,000 meter di bawah aras laut.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mengesan-kotak-hitam-mengapa-teknologi-satelit-ada-hadnya-32854?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger