SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MH370: Semua maklumat disiasat - Abdul Rahim
KAJANG: Kerajaan tidak pernah mengabaikan sebarang maklumat termasuk yang disebarkan di media sosial dalam usaha menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata setiap maklumat yang diterima akan disiasat dan diteliti pasukan penyiasat bagi mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) penumpang dan anak kapal pesawat MAS itu.
Biarpun analisis dan pandangan tidak tepat khususnya di laman sosial sikit sebanyak mengganggu operasi SAR, beliau berkata ada maklumat yang boleh diguna pakai untuk membantu operasi berkenaan.
"Apa saja maklumat yang berwibawa akan dilihat pihak penyiasat walaupun banyak perkara dianggap 'rubbish' tetapi ada juga perkara yang kita boleh guna pakai untuk membantu operasi SAR.
"Kalau kita abaikan maklumat yang diperoleh, kita mungkin tidak dapat mencarinya dengan baik sebab itu kita beri perhatian terhadap apa juga maklumat yang dianggap berwibawa," katanya pada sidang media di sini, petang tadi.
Beliau ditemui di majlis Jasamu Dikenang Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Leftenan Adnan.
Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM itu bagi mengingati jasa pahlawan era Perang Dunia Kedua, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi yang terkorban ditangan askar Jepun di Bukit Chandu, Singapura pada 14 Februari 1942.
--Bharian
Labels:
Disaster
Catat Ulasan