Home » » MH370: Setiap kemungkinan nyalakan harapan

MH370: Setiap kemungkinan nyalakan harapan


KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu telah pun memasuki hari yang ke-12, dengan fasa baru yang melibatkan koridor utara dan selatan.

Namun, masih adakah harapan bagi penemuan pesawat tersebut setelah pelbagai teori, spekulasi dan 'harapan palsu' yang sering kita didengari semenjak kehilangannya pagi Sabtu minggu lepas.

Bagaimanapun laporan baru mengenai insiden itu ada kemungkinan membawa harapan baru kepada penduduk Malaysia dan dunia, terutama sekali bagi keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat Boeing 777-200 itu.

Terbaru, penduduk sebuah pulau terpencil di Maldives telah mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada pagi hari yang sama ia hilang, kira-kira jam 6.15 pagi.


Perkara itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa republik itu yang segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Memetik laporan portal berita Haveeru Online, penduduk pulau itu memberitahu mereka ternampak sebuah pesawat berwarna putih dengan jalur merah iaitu warna yang sama dengan badan pesawat Malaysia Airlines, terbang menuju ke arah selatan Maldives.

Mereka juga mendakwa telah mendengar bunyi bising yang kuat semasa pesawat itu melintasi pulau mereka.

Dakwaan itu turut mendapat perhatian seorang pakar tempatan Maldives yang berpendapat ada kemungkinan pesawat itu merupakan MH370 kerana pada masa tersebut tidak ada pesawat yang dijadual terbang melintasi pulau berkenaan.

Satu lagi perkara yang mungkin membawa harapan baru ialah pengesanan sebuah pesawat oleh radar tentera Thailand oleh yang dipercayai pesawat MH370 milik MAS itu.

Maklumat radar itu menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum  menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.

Namun, jurucakap Tentera Udara Montol Suchookorn memaklumkan bahawa Thailand tidak pasti sama ada maklumat itu berguna sehingga menerima permohonan rasmi daripada Malaysia.

Selain itu, laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria turut memberi harapan baru terhadap pencarian pesawat itu.

Menurut akhbar The Star, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, dalam sebuah laporan akhbar The Hindu hari ini pula, seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) India telah menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac.



Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370 itu.

Harapan bagi MH370 itu juga turut diakui oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai usaha mencari pesawat MH370, semalam.

Menurutnya, hakikat bahawa tiada panggilan kecemasan, tiada pihak menuntut wang tebusan dan tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 memberi harapan bahawa pesawat itu dapat ditemui.

Bagaimanapun, pelbagai teori dan spekulasi tentang penemuan pesawat MH370 telah timbul semenjak hari pertama ianya dilaporkan hilang.

Pelbagai dakwaan dan harapan itu kebanyakannya ditimbulkan oleh pelbagai pihak dari dalam dan juga luar negara.

Banyak andaian telah dibuat sama ada daripada mereka yang berlatar-belakangkan bidang penerbangan, keselamatan, pelayaran, teknologi dan tidak kurang daripada mereka yang tiada kepakaran tetapi mahu menjadi pakar atau 'penganalisis segera' tentang insiden itu.

Di laman sosial sebagai contoh, pelbagai pandangan, spekulasi dan khabar angin dikongsi begitu tanpa mengkaji dahulu kesahihannya, termasuk yang 'retweet' atau menekan 'share' apabila teruja mendapat maklumat yang 'baharu' itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-setiap-kemungkinan-nyalakan-harapan-32103?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger