Home » » Pengurus IT Dakwa Temui #MH370 Guna Satelit Di Internet?

Pengurus IT Dakwa Temui #MH370 Guna Satelit Di Internet?


Seorang pengurus IT mendakwa dia telah mengesan satu objek dipercayai pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dengan hanya menggunakan carian gambar satelit beresolusi tinggi di internet.

Mike Seberger, 47, dari Chicago, Amerika Syarikat merupakan salah seorang daripada individu yang tertarik dengan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 penumpang, sejak pagi Sabtu lalu.

Berdasarkan imej dikesan Seberger, objek menyerupai bentuk pesawat tersebut dikatakan berada di Perairan Thailand, berhampiran Laut China Selatan.
Sekiranya penemuan Seberger yang hanya menggunakan internet ini benar, maka ia telah mengakhiri pencarian besar-besaran melibatkan aset canggih termasuk 42 kapal dan 39 pesawat daripada 12 negara.

Imej ini berjaya diperoleh Seberger selepas dia memasuki laman web Tomnod sehari selepas MH370 dilaporkan hilang lalu memuatnaik imej satelit 1,000 kaki perbatu di kawasan terlibat.

Sekitar setengah juta sukarelawan turut melakukan tindakan sama seperti Seberger pada hari pertama kehilangan MH370 hingga laman web tersebut tergendala sebentar gara-gara trafik yang terlalu tinggi.

Walaupun kaedah ini mungkin tidak secanggih sistem radar tentera, ia tidak boleh dipandang enteng kerana carian gambar satelit menggunakan internet yang dirakam pada jarak 400 batu dari atas muka bumi ini boleh mengesan objek meski pun sekecil kotak penalti di atas padang bola. – REM RAMZI MYNEWSHUB
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger