SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
PrayForMH370 Tentera Amerika puji Malaysia
Kuala Lumpur : Ketika kebanyakan media sosial mempertikaikan keberkesanan usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pelbagai negara mengesan #dimanaMH370, tentera laut Amerika Syarikat (AS) memuji Malaysia yang disifatkan melaksanakan tugas yang menakjubkan.
“Malaysia mengetuainya. Mereka yang menerajui organisasi ini dan mereka melaksanakan aturan tugas yang menakjubkan," kata Jurucakap 7th Fleet Tentera Laut AS Komander William Marks dalam satu segmen soal jawab blog New York Times, Sinosphere.
Dua kapal pemusnah peluru berpandu AS, Pinckney dan Kidd, yang bernaung di bawah 7th Fleet, menyertai SAR #dimanaMH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, Sabtu lalu. Pinckney mengerahkan helikopternya untuk mencari sebarang bukti di Laut China Selatan sejak Ahad.
Turut serta pesawat peninjau maritim tentera laut AS P-3C Orion yang terbang dari Subang Jaya manakala kapal pemusnah peluru berpandu Kidd menyertai SAR Isnin lalu.
Koordinasi oleh kerajaan Malaysia bagi SAR di udara dan darat juga mendapat pujian hebat daripada Marks yang dihubungi melalui telefon dari atas kapal pemerintah Blue Ridge di Laut China Selatan, 48 jam selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 MAS itu.
“Mereka melakukan sesuatu yang saya panggil sebagai tugasan luar biasa. Ia seperti papan catur yang besar. Ia benar-benar seperti mengatur bidak ke sana ke mari dalam bentuk 3D. Anda ada tiga dimensi, anda ada perairan dan ruang udara.
“Jika anda tidak melakukan yang terbaik, pasti bakal berlaku kemalangan. Saya beri pujian yang hebat buat kerajaan Malaysia. Mereka miliki pelan yang sangat teratur.
"Mereka merekod semua aset yang datang dari pelbagai negara, mereka menentukan tugasan dan mereka sangat efisyen, amat profesional,” katanya.
Ditanya mengenai kesukaran operasi itu, Marks berkata, mereka mempunyai dua maklumat berbeza iaitu rekod komunikasi dan radar yang perlu ditandakan pada peta Teluk Siam selepas tempoh 48 jam kawasan pencarian semakin lama semakin besar bagaikan teka teki yang sangat mencabar untuk diselesaikan.
“Ia jauh, jauh lebih berbeza dan kompleks berbanding kes lain. Contohnya, katakan sebuah kapal terbang jatuh. Jika anda ada liputan radar yang lengkap dan mengesannya, anda nampak altitudnya jatuh dan terus jatuh - anda betul-betul tahu di mana ia berada,” katanya.
“Ia sangat mencabar. Lihat geografinya. Pada awalnya kami fikir ia lebih dekat dengan Vietnam, hanya di luar pantai Vietnam. Begitu juga dengan sekitar Teluk Siam, anda ada Vietnam, Thailand, Kemboja dan Malaysia.
“Ia meliputi semua kawasan dengan Teluk Siam di tengahnya. Kemudian ada tambahan lain, sekarang saya dengar laporan bahawa pesawat itu telah berpatah balik. Oleh itu, sekarang kami sedang mencarinya di utara Selat Melaka,” katanya.
--Hmetro
Labels:
Disaster
Catat Ulasan