SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
TERKINI …. China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH370
Dengan nasib MH370 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka.
Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn).
satelit-565x394Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin).
Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China-MYNEWSHUB
full story > http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/2014-03/10/content_5804060.htm
Related Articles
- Gambar mangsa dalam WeChat
- Gambar Gambar 2 beranak Rentung dalam kereta
- 9 Keping Gambar Kemalangan Jalan Kampong Air Tawar Endau
- Gambar Gambar Bas EkspresTerbabas Di Jalan Endau - Rompin
- Gambar Gambar Kereta Terbakar Atas Towing Truck Di LPT
- Gambar Gambar MPV terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kg Sri Cheeding
Labels:
Disaster
Catat Ulasan