SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Mati tergantung dalam rumah
BESUT – Seorang penganggur dipercayai penagih dadah ditemui mati tergantung di dalam rumahnya di Kampung Terpinis dekat Renek, di sini, pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pada pagi sebelum kejadian, mangsa yang berusia 22 tahun dikatakan telah mengamuk dengan memegang sebilah parang panjang di rumahnya.
(Gambar Hiasan)
Menurutnya, bimbang dengan kelakuan mangsa, salah seorang ahli keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja, dekat sini.
“Susulan itu polis bergegas ke rumah mangsa dan mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan leher dijerut dengan seutas tali dan tergantung di ruang tamu rumah,” katanya.
Noozainy berkata, mangsa dikatakan sudah tidak tinggal bersama isteri serta anaknya, dan ketika kejadian tiada orang di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah.
“Polis tidak menolak kemungkinan motif mangsa berbuat demikian disebabkan mengalami masalah penagihan dadah jenis pil kuda, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya, lapor Sinar
Labels:
Headlines
Catat Ulasan