SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Penggunaan pasport curi dan palsu Berleluasa
Penggunaan pasport curi dan palsu yang berjaya melepasi kawalan Jabatan Imigresen di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan antarabangsa seperti kes MH370 bukan saja berlaku di negara ini, malah berleluasa di seluruh dunia, termasuk di negara maju.
Bekas Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamed mendedahkan, kira-kira dua juta pasport curi dan palsu ‘berterbangan’ di merata tempat di seluruh dunia setiap hari.
Beliau berkata, pasport curi atau palsu itu bertukar tangan daripada sindiket melalui ejen kepada pembeli di seluruh dunia.
“Ini satu jumlah besar yang membabitkan rangkaian luas (sindiket),” katanya dalam temubual eksklusif bersama Metro Ahad di sini.
Sebelum ini, media Barat cuba memburuk-burukkan nama Malaysia dengan menuduhnya antara negara yang dijadikan transit bagi penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan pasport curi dan palsu.
--Bh
Labels:
Headlines
Catat Ulasan