SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Home
»
»
Melambung dilanggar kereta
Melambung dilanggar kereta
Kuala Lumpur – Seorang lelaki parah apabila motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Kanada, 21, di Jalan Bangsar di sini, awal pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, mangsa, Mohd Hafizudin Mat Isa, 27, memunggang motosikal menghala ke ibu kota bersendirian.
Setibanya di tempat kejadian, mangsa yang berada di lorong kiri dikatakan tiba-tiba mengubah laluan.
Kereta yang dipandu laju itu tidak sempat mengelak lalu melanggar dari belakang sehingga mangsa melambung kira-kira 100 meter dari tempat perlanggaran berlaku.
Mangsa yang terjatuh mengalami kecederaan teruk di badan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.
Siasatan mengenai kejadian masih sedang dijalankan, lapor myMetro.
Catat Ulasan