LATEST NEWS

Mekanik mengaku pekosa remaja


Kota Bharu: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan tahun lalu. Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Rozlan Hamzah, 46, mengaku bersalah terhadap tuduhan. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 17 November 2013. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun dengan mengacukan parang kecil ke arah mangsa di sebuah rumah di ladang kelapa sawit pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang, 15 November 2013. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kalau belum ajal...


Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta datuknya selepas kenderaan itu musnah ditimbus tebing runtuh di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut mengakibatkan dua kereta jenis BMW dan Toyota Wish rosak selepas masing-masing ditimbus dan terkena serpihan runtuhan.



Bagaimanapun, mangsa Koh Sue Siang yang hanya cedera ringan di kaki berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dibantu orang awam menggunakan jengkaut.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan tiba jam 10.50 malam.



"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Tangga Batu ke lokasi,


Mangsa yang berjaya dikeluarkan jam 10.58 malam dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Perkenalan bawa ke ranjang


Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.


“Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.

“Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam.



Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.

Nyaris ditelan ‘kepala air’


Yan: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.


Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.

Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras di air terjun Titi Hayun, semalam.

“Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.
--hmetro

Lagi Rakyat Malaysia mati di Syria


KUALA LUMPUR  - Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Abu Faz, 20-an, yang berjuang di Syria, dikenal pasti telah terkorban akibat terkena tembakan baru-baru ini dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu.
Difahamkan, Abu Faz adalah antara sejumlah rakyat negara ini yang ke Syria untuk bersama-sama berjuang dengan puak pemberontak menentang tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Sumber keselamatan memberitahu, Abu Faz telah ke negara berkenaan bersama-sama seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an sejak tahun lalu.
“Abu Faz bagaimanapun ter­korban akibat ditembak pe­nembak tepat dalam satu pertempuran pada 11 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan, puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama ‘jihad’ bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu.

Turut menyertainya adalah seorang ‘ustaz’ dan seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan terkenal tanah air.
Akhbar ini turut mendedahkan satu laporan eksklusif tentang seorang pemuda, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkorban setelah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.
Siasatan polis percaya sebahagian mereka mempunyai kaitan dengan 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Se­langor, April lalu, lapor Utusan.

MISTERI OKU sesat: Nampak jalan cantik ke puncak gunung


BESUT - Pelbagai kejadian misteri dan aneh didakwa berlaku sebelum seorang OKU yang sesat di kaki Gunung Tebu dekat Jabi, di sini, ditemui dan dibawa keluar dari hutan berkenaan, malam kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, Kamarulzaman Ibrahim, 46, berkata, dia ke Hutan Lipur Lata Belatan (kaki Gunung Tebu) untuk berkelah bersama ibunya, Siti Nor Kasar, 62, anak saudara dan rakan anak saudaranya yang kesemuanya seramai 10 orang.

Menurutnya, kira-kira jam 11.30 pagi, dia tiba-tiba ternampak jalan cantik seperti laluan motosikal menghala ke arah puncak gunung.

“Saya seolah-olah diarah untuk mengikuti jalan itu ke arah puncak gunung tanpa rasa sakit walaupun saya mengalami masalah kecacatan pada kaki,” katanya yang menetap di Kampung Beris Lampu dekat Kuala Besut.

Muntah dan pengsan

Kamarulzaman yang juga guru al-Quran berkata, dia terus berjalan mengikut laluan berkenaan sehinggalah tiba di satu lokasi, dia mula keletihan dan muntah sebelum pengsan.

Katanya, sebaik tersedar daripada pengsan, dia mendapati jalan yang dilalui sudah tiada, malah tidak ada sebarang denai di kawasan itu.

“Saya sendiri hairan macam mana saya boleh turun ke bawah cerun dan berada berhampiran batu besar sedangkan kalau dalam keadaan biasa pun, sudah tentu saya tidak boleh lakukan sebab kawasan itu memang susah dilalui, lagipun kaki saya cacat.

"Mujur saya bawa telefon bimbit, bila dapat saja isyarat telefon, saya cuba hubungi talian kecemasan, masa itu jam 2.02 petang dan usaha saya berjaya, saya terus beritahu sesat,” katanya.

Kamarulzaman yang keletihan ketika itu kemudian menerima panggilan daripada seseorang yang bertanyakan keadaan di sekeliling tempatnya berada sambil mengarahkan dia supaya kekal di lokasi tersebut.

Orang yang menghubunginya ialah pemandu arah aktiviti lasak, Mohd Amir Hussin, 28, yang mahir selok-belok dan keadaan hutan di situ termasuk Gunung Tebu.

Difahamkan Mohd Amir mengambil masa 40 minit ke lokasi Kamarulzaman berada yang kebiasaannya memakan masa kira-kira 2 jam untuk pendaki biasa.

Laung azan

Kata Mohd Amir, dia berjaya menemui mangsa yang berada di bawah cerun berhampiran batu-batu besar pada jam 4.05 petang.

“Walaupun saya berada kira-kira 30 meter dengan kedudukan mangsa yang berada di seberang cerun, tapi kami tak dapat bercakap kerana masing-masing tidak boleh mendengar walaupun kami memekik sekuat hati.

“Saya terpaksa berhubung melalui telefon dan kemudian selepas kami sama-sama melaungkan azan, barulah saya dengar laungan azan mangsa begitu juga dia dan kami boleh bercakap,” katanya.

Sukar cari jalan keluar

Meskipun kejadian yang berlaku agak misteri, namun ia bukanlah perkara pelik bagi Mohd Amir yang berpengalaman mencari orang sesat kerana dia juga pernah tersesat selama dua hari di kawasan sama beberapa tahun dulu.

Bagaimanapun Mohd Amir mengakui, walaupun berpengalaman, dia turut berdepan kesukaran untuk menghampiri mangsa kerana keadaan muka bumi yang amat curam.

"Saya terpaksa berpaut dan bergayut pada akar di tebing batu untuk turun ke tempat mangsa, saya tak tahu macam mana dia (Kamarulzaman) boleh sampai ke situ dengan mudah," katanya.

Mohd Amir berkata, selepas menghampiri mangsa, dia sendiri hilang arah apabila tidak dapat mengesan sebarang denai termasuk yang dilaluinya sebelum itu untuk membawa mangsa keluar dari hutan yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari pusat perkelahan Lata Belatan.

“Keadaan Kamarulzaman ketika itu agak keletihan, saya beri kata-kata semangat kepadanya agar dia bertenang kerana kami pasti dapat keluar,” katanya yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Polis.

Sehingga jam 8.30 malam, kedua-dua mereka belum berjaya mencari jalan keluar, namun sebelum itu Mohd Amir sempat mengirim beberapa keping gambar kepada rakannya yang berada di bilik gerakan di Lata Belatan melalui telefon.

Dia juga menghubungi rakan dan pasukan penyelamat lain bagi memaklumkan mereka hilang arah dan sedang berusaha mencari denai untuk keluar dari hutan terbabit.

Hanya alami calar kecil

Ketua Operasi Mencari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Seman Awang berkata, Mohd Amir berjaya membawa keluar mangsa ke pusat gerakan di Lata Belatan, kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya, kedua-dua mereka hanya mengalami calar kecil akibat terkena duri.

"Kamarulzaman memang nampak keletihan kerana tidak makan sejak pagi selain terpaksa melalui jalan berbukit," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainya Mohd Noor berkata, operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Besut, Pejabat Hutan Daerah dan orang awam dihentikan pada jam 9.30 malam, kelmarin.

Katanya, Kamarulzaman dihantar ke Hospital Besut untuk pemeriksaan dan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, bapa Mohd Amir, Hussin,60-an yang ditemui di tempat kejadian berkata, dia sememangnya mengesyaki ada sesuatu akan berlaku di kawasan tersebut kerana malam dua hari sebelum kejadian, dia terdengar suara seperti orang perempuan sedang membaca al-Quran dari arah hutan berkenaan.

--SINAR

Gambar b### terjun dari lori jadi viral


SEKADAR hiburan di petang ini, gambar seekor babi yang bertindak terjun dari sebuah lori telah menjadi viral di laman sosial.
Ramai yang berseloroh dengan mengatakan haiwan tersebut mungkin sudah ‘pening’ dengan isu DNA babi dalam coklat Cadbury, baru-baru ini.
Aduhai, tak tahulah apa nasib babi itu selepas terjun dari lori tersebut.
Tapi, kalau dah setinggi itu terjunnya, rasanya tak mungkin ia terselamat. Kasihan, memetik Mynewshub.

Dyana akan tinggalkan DAP, kata Tunku Aziz


KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim percaya Dyana Sofya Mohd Daud akan meninggalkan parti itu apabila dia menyedari ia bukan satu parti berbilang kaum “, lapor Bernama. Tunku Aziz berkata beliau membuat ramalan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri dan tempoh dalam parti yang disertainya selama hampir empat tahun. Beliau menyertai DAP pada Ogos 2008 dan meletak jawatan seterusnya mengumumkan keluar parti itu pada Mei 2012. “Jika dia menyedari bahawa ini bukan sebuah parti berbilang kaum, ia terpulang kepada beliau (untuk meninggalkan parti). Beliau menyertai DAP mempercayai segala-galanya mengenai parti,” katanya kepada Bernama. Dyana Sofya , 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Teluk Intan. angi kerusi itu dengan 7313 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Ketika ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP adalah sama dengan beliau, Tunku Aziz menjelaskan beliau telah dijemput untuk menyertai parti itu bukan untuk kedudukan atau platform tetapi untuk melawan rasuah. “Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah tetapi tidak menentang kerajaan seperti apa yang mereka telah lakukan. Saya menyertai demi negara ini dan masyarakat,” Bernama memetik beliau sebagai berkata. Ketika bersama DAP, Tunku Aziz dilantik sebagai naib presiden parti itu dan pada 31 Mei 2009, beliau telah dilantik sebagai senator mewakili Pulau Pinang. Pada Mei 2012, Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya daripada parti dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0. yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, lapor Astro Awani.

Misteri tapak kaki gergasi gemparkan penduduk Puchong


PUCHONG - Penduduk Kampung Seri Aman Dalam, Puchong berasa bimbang selepas penemuan tapak kaki gergasi berukuran 23 inci yang didakwa milik bigfoot.
Pelik dengan penemuan tersebut, laporan polis telah dibuat oleh Kamaruddin Isamail, 68, yang menemui bekas tapak kaki bersaiz gergasi berhampiran padang di Lot 123, Lorong 4, Kampung Seri Aman jam 9.55 pagi Isnin.
Dalam laporannya itu, beliau menyatakan bahawa bekas tapak kaki berkenaan berbentuk kaki manusia yang berukuran 23 inci.
Kamaruddin mengesahkan terdapat empat bekas tapak kaki yang ditemuinya tetapi hanya tiga daripadanya kelihatan jelas.
“Penemuan ini sesuatu yang pelik kerana sejak 30 tahun saya tinggal di sini saya tidak pernah melihat tapak kaki ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata, laporan itu dibuat kerana berasa kejadian ini suatu yang luar biasa dan pihak polis telahpun datang bertemu dengannya selain pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Wakil dari Perhilitan datang berjumpa dengan saya dan mereka memberitahu yang mereka tidak pernah melihat perkara seperti ini dan tidak dapat menentukan jenis bekas tapak kaki itu.
“Ia suatu yang sangat pelik dan sangat membimbangkan,” katanya sambil menyangkal dakwaan bekas tapak kaki itu milik gergasi atau jin.
Kamaruddin juga akan menemui jawatankuasa kampung malam ini untuk mendapatkan kepastian mengenai bekas tapak yang ditemuinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Razimi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, lapor The Rakyat Post.

7 ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati


SERDANG - Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam pada Ahad.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.
“Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini Isnin.

“Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri,” kata Abdul Samah.
Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.
Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Bernama.

Gambar Gambar Lelaki Bunuh diri di Stesen Komuter Teluk Pulai

Bunuh diri di Stesen Komuter Bunuh diri di Stesen Komuter Teluk Pulai, Klang semalam. Mangsa berbangsa cina berumur 29 tahun dikatakan terus terjun ke landasan semasa komuter sedang bergerak. Operasi dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja.

Sumber - FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Gambar Gambar Bas EkspresTerbabas Di Jalan Endau - Rompin

Sebuah bas terbabas di jalan Rompin-Endau. Kesemua 28 penumpang dan pemandu bas selamat. Operasi menyelamat dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Rompin


Sumber - FB  Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Gambar Gambar Kereta Terbakar Atas Towing Truck Di LPT

Kebakaran kereta berlaku di KM87.3 Lebuhraya Pantai Timur melibatkan sebuah kereta yang terbakar di atas towing truck pada pukul 3.05 petang tadi. Mangsa 6 orang termasuk 2 lelaki dewasa (termasuk pemandu towing) dan 4 wanita. Walau bagaimanapun kesemua mangsa selamat

Sumber - FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger