SIBU: Harga bawang merah import dari India dijangka mengalami kenaikan minggu depan sekali gus meletakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam keadaan bersiap siaga.
Pengarah PPDNKK Negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada beberapa pemborong utama bahawa kenaikan harga mungkin berlaku ekoran krisis bekalan bawang merah dari negara tersebut.
“Berdasarkan laporan, harga bawang sebakul tujuh kilogram mungkin mencecah RM30 bagi yang segar berbanding RM26 sebelum ini.
“Harga bawang merah ditentukan oleh kuasa permintaan dan keperluan bekalan di pasaran semasa.
“Jika ada kenaikan, ia tidak dapat dielakkan. Misalnya, negara pengeluar utama bawang iaitu India yang dilanda musim hujan mengalami banjir sekali gus menjejaskan hampir keseluruhan bekalan tanaman itu,” ujarnya pada Majlis Penutupan Program Kesedaran Pengguna di sini, semalam.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan jika ada kenaikan, ia adalah minimum dalam lingkungan beberapa ringgit dan pihaknya bersedia awal bagi memastikan kenaikan tidak membebankan pengguna.
Katanya, biarpun bekalan bawang merah boleh diperolei dari negara lain, bekalan dari India kekal dengan permintaan yang tinggi.
“Keadaan sama pernah dialami pada tahun 2010 apabila India dilanda banjir teruk yang mengakibatkan harga bawang merah mencecah RM20 sekilogram,” jelasnya.
--borneopost
SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Catat Ulasan