Home » , » Kali ke-16 sangkut

Kali ke-16 sangkut

Putrajaya: Tindakan seorang lelaki warga India berusia 30-an berlagak selamba ketika melalui pemeriksaan kastam di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini, gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila ditahan selepas dua bagasi dibawanya mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 44.95 kilogram (kg) bernilai RM8.54 juta.

Malah, lelaki terbabit yang sudah 15 kali masuk ke negara ini hanya memasukkan semua dadah berkenaan ke dalam beg plastik hitam dan dibungkus dengan inai rambut sebelum diletakkan ke dalam bagasi berwarna merah kononnya bagi mengelakkan bahan terlarang itu dikesan mesin pengimbas.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, lelaki terbabit ditahan Rabu lalu di Terminal Utama KLIA oleh sepasukan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) KLIA, yang curiga dengan imej diimbas.

“Lelaki itu baru tiba dari Chennai, India dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pada jam 7.30 pagi. Pemeriksaan dibuat ke atas suspek dan bagasi menemui dadah jenis Methamphetamine seberat 44.96 kg dan ia rampasan terbesar JDKM KLIA setakat ini.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang juga penjual barangan elektrik di India sudah 15 kali keluar masuk ke negara ini dan hanya tinggal untuk tempoh dua atau tiga hari sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam, di sini, semalam.
--HarianMetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger