SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Catuan Air Di Selangor Di tamatkan
Putrajaya: Tindakan menamatkan catuan air di Lembah Klang dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas mendapat jaminan kerajaan Selangor bahawa air mentah di sepanjang Sungai Selangor mencukupi.
Ia berikutan negara menerima hujan sejak kebelakangan ini, dan usaha mengepam air mentah sebanyak 950 juta liter sehari (JLH) dari lombong berhampiran.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jaminan air mentah mencukupi untuk lima loji di sepanjang Sungai Selangor adalah perlu kerana air mentah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
“Selain itu, kementerian dan SPAN juga diberikan jaminan bahawa air lombong yang dipam untuk menambah aliran air di Sungai Selangor sudah diuji dan mematuhi parameter ditetapkan dalam Garis Panduan Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
“Kerajaan negeri juga turut memaklumkan usaha mengepam air lombong untuk menambah aliran air di Sungai Selangor sudah dijalankan sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
--Hmetro
Labels:
Headlines
Catat Ulasan