PASIR GUDANG: Mayat mangsa lemas, Abdul Talib Hadhari, 42, yang terjatuh ke dalam laut di perairan Tanjung Langsat Sabtu lalu ditemui berhampiran perairan Singapura pada jam 11.30 pagi tadi.
Mangsa ditemui 6 batu nautika dari tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyut arus deras ditemui oleh sekumpulan nelayan tempatan.
Mayat mangsa akan dibawa ke jeti Kampung Tanjung Langsat bagi pengecaman.
Usaha bagi mencari anak bongsu Abdul Talib, Muhammad Taufik,8, yang juga dikhuatiri lemas masih dijalankan oleh pasukan pencari dan penyelamat dengan menggunakan tiga bot.
Hingga jam 12 tengah hari tadi seramai 100 saudara-mara, kenalan dan penduduk kampung berkumpul di jeti kampung berkenaan untuk mendapatkan maklumat terkinj berkaitan kehilangan dua beranak itu.
--HarianMetro
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...


Catat Ulasan