Kuala Lumpur: Seorang ahli kongsi gelap yang dikenakan sekatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 bermula 7 Oktober lalu bukan saja melarikan diri, malah terbabit dalam sembilan kes samun sebelum diberkas semula, Rabu lalu.
Suspek berusia 26 tahun itu dikatakan melarikan diri ke Kuala Lumpur pada 12 Oktober lalu selepas lima hari berada dalam perintah tahanan di Benut, Pontian, Johor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tindakan suspek itu bukan saja melanggar syarat malah, suspek turut mengulangi jenayah sama iaitu samun yang pernah dilakukan sebelum ini.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Menurutnya, suspek dikesan terbabit tujuh kes samun bersenjata parang di Bangsar dan masing-masing satu di Kepong dan Dang Wangi sejak 5 hingga 13 November lalu.
“Kejadian pertama pada 5 November lalu pada jam 3 petang, suspek menyamun pemandu teksi dan melarikan teksi itu di Bangsar. Dua jam kemudian, suspek menyamun seorang lelaki warga Nepal di Kompleks Sukan Bangsar sebaik mangsa menaiki teksi dipandunya,” katanya.
--HarianMetro
KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Catat Ulasan