Home » , » Remaja Bawa Kekasih Masuk Bilik Di Cekup

Remaja Bawa Kekasih Masuk Bilik Di Cekup

SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger