Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara baru-baru ini serta menegaskan rakyat patut berbangga atas jemputan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut berkata, lawatan itu adalah jemputan rasmi dan isteri Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya sepanjang lawatan tersebut.
"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri Perdana Menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.
"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau telah menjalankan tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan menegaskan proses meluluskan lawatan tersebut telah dijalankan secara telus dan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan terlebih dahulu.
"Ia telah dilakukan secara telus, dipohon kepada kabinet dan kemudiaannya diluluskan," katanya lagi.
Apabila ditanya sama ada lawatan tersebut menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara, Shahidan berkata hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum selepas ini.
"Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif.
"Tentang hasil daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian," katanya lagi. – 19 November 2013.
--themalaysianinsider
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
.jpg)

Catat Ulasan