KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Anak diguna sebagai 'benteng' Ops cegah maksiat
SEPANG: Dua pasangan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang wanita yang membawa anak sebagai 'benteng' untuk mengaburi pihak berkuasa ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena tahun baru sekitar hotel bajet sekitar Sepang, awal pagi tadi.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Operasi yang dijalankan Pejabat Agama Islam (PAID) dan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang itu turut menahan seorang remaja lelaki ketika sedang berdua-duaan dengan pasangannya yang juga warga asing dan bukan Islam.
Ketua Unit Operasi yang juga Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang Abd Halim Mat Esa berkata, serbuan diadakan di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Sepang membabitkan 75 anggota.
Katanya, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja yang kini dilihat semakin membimbangkan terutama masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
"Pasangan pelajar IPTA yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu hanya kerana desakan nafsu sehingga membawa mereka ke bilik hotel tanpa memikirkan masa depan dan perasaan orang tua.
"Kita kesal kerana mereka terjebak dengan kegiatan maksiat dalam usia semuda ini, malah pelajar wanita mungkin akan disingkirkan dari universiti," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.
Ketiga-tiga pasangan yang ditahan itu dibawa ke balai polis Dengkil untuk siasatan lanjut dan didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor menurut laporan harian Metro Hari Ini
Labels:
B Malaysia
,
crime
Catat Ulasan