Home » , » Remaja perempuan dirogol, diliwat saudara

Remaja perempuan dirogol, diliwat saudara

KAMPUNG RAJA – Seorang remaja perempuan lepasan SPM mendakwa dirogol dan diliwat saudara yang juga teman lelakinya dalam sebuah rumah kosong di Bukit Keluang, di sini, lebih dua tahun lalu.
Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa yang kini berusia 17 tahun, dibawa saudara dua pupunya itu ke rumah tersebut dengan menaiki motosikal pada hari ketiga Aidiladha 2011.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu didakwa berlaku ketika mangsa berusia 15 tahun, manakala suspek yang kini penuntut sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berusia 26 tahun.
Menurutnya, mangsa mendakwa sebaik tiba di rumah kosong itu, suspek bertindak merogol dan meliwatnya dengan paksaan, malah suspek turut menampar mangsa.
“Kata mangsa, kali terakhir mereka melakukan hubungan seks pada Oktober lalu di rumahnya di Kuantan, Pahang.
“Pada Khamis lalu, mangsa tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian pertama kerana mendakwa suspek enggan bertanggungjawab selain mengugut sekiranya mangsa melaporkan hal berkenaan kepada keluarga,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa kemudiannya dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, menurut sumber Sinar Harian.
Menurutnya, polis sedang memburu suspek yang kini berusia 28 tahun beralamat di Kampung Keluang, di sini dan kes disiasat Inspektor Azira Md Razak di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger