Kuala Lumpur: Kerajaan akan melakukan program pembersihan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) berikutan ada dalam kalangan 2.9 juta pegawai dan anggotanya dipercayai mempunyai rekod jenayah.
Pada masa sama, sistem pengambilan akan dikaji kerana pemilihan pegawai dan anggota secara besar-besaran sejak 2008 tidak melalui tapisan terperinci sehingga ada yang mempunyai rekod jenayah turut terpilih.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ketika pengambilan, mereka melepasi beberapa syarat menjadi anggota RELA tetapi yang ada rekod jenayah tidak dikesan.
Justeru Kementerian Dalam Negeri dan RELA akan melakukan pembersihan secara besar-besaran bagi memastikan setiap anggota RELA bebas daripada sebarang rekod jenayah lampau untuk mereka laksanakan tugas membantu pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam, katanya kepada BH semalam.
Beliau diminta mengulas perkara itu berikutan kejadian dua anggota RELA berusia 30 dan 34 tahun yang ditugaskan mengawal kediamannya, memecah masuk rumahnya di Jalan Tengah, Kuching pada 24 Disember lalu.
--Bharian
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
.jpeg)

Catat Ulasan