Home » , » Himpunan: DBKL ada bukti bergambar

Himpunan: DBKL ada bukti bergambar

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyiapkan laporan berserta bukti bergambar berhubung perhimpunan haram yang dibuat pada malam sambutan tahun baharu di Dataran Mereka, baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan mengatur perbincangan bersama pihak polis bagi memutuskan sebarang tindakan yang boleh diambil kerana ia dibuat tanpa permohonan, termasuk mengenal pasti penganjur bertanggungjawab.

Menurutnya, DBKL mempunyai bukti berdasarkan koleksi gambar yang diambil dari pelbagai sudut termasuk dari atas Menara DBKL.

“Pada masa ini kami telah pun menghimpunkan bukti melalui gambar yang kita ada dan akan berbincang dengan pihak polis apakah langkah yang boleh kita ambil di bawah peraturan yang ditetapkan.

“Mungkin pihak polis ada bukti yang kita boleh kongsi bersama, dan apakah tindakan sepatutnya yang perlu diambil terhadap mereka sekiranya berlaku pelanggaran peraturan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang laporan kerugian yang diterima atau perlu ditanggung DBKL ekoran daripada himpunan berkenaan.

“Tetapi kita akan lihat kemungkinan untuk ambil tindakan jika mereka yang terlibat didapati mengganas.

“Secara kasar tiada kerugian, namun hanya menimbulkan gangguan kepada aktiviti yang orang ramai menunggu. Itu yang menyebabkan saya tidak pulang awal pada malam itu. Jika saya keluar, adalah tidak bertanggungjawab sebagai Datuk Bandar meninggalkan orang ramai dalam keadaan tertanya-tanya. Jadi saya mengambil keputusan untuk cuba redakan keadaan,” katanya.

Tambah Ahmad Phesal, penelitian bagi mengenal pasti penganjur bertanggungjawab juga akan dibuat bersama pihak polis.
--Sinarharian
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger