Home » , » ANTARA aksi biadab peserta Himpunan Guling Kerajaan

ANTARA aksi biadab peserta Himpunan Guling Kerajaan


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka malam tadi adalah topeng oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, perhimpunan itu adalah permulaan bagi agenda yang lebih luas.

Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu," katanya selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Salleh berkata, tujuan perhimpunan itu diadakan ketika secara tradisinya rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu adalah untuk mengaburi pihak luar kononnya ia mendapat sambutan rakyat.

Hakikatnya mereka tahu jumlah mereka kecil, dan cuba menggunakan orang ramai yang merayakan tahun baharu yang lebih ramai daripada jumlah mereka, untuk dijadikan alat sebagai bukti di dalam gambar dan video mereka serta dimuatkan ke dalam laman sosial, kononnya perhimpunan mereka mewakili suara rakyat," katanya.
--utusan
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger