KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Dua lelaki maut setelah kereta rempuh pokok
KUCHING: Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya setelah kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di Batu 9, Jalan Kuching-Serian awal pagi semalam.
Kedua-dua mangsa yang berusia 34 tahun itu, berasal dari Serian dan hanya dikenali sebagai Chai (pemandu) dan Lai (penumpang).
Menurut sumber, semasa kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Serian sebelum kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka itu terbabas lalu merempuh pokok iaitu sekitar jam 5.30 pagi.
Orang ramai yang menyedari kemalangan tersebut kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubungi pihak polis dan ambulans untuk bantuan.
Bagaimanapun, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Beberapa anggota bomba dan penyelamat juga dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke HUS untuk dibedah siasat.
Difahamkan, terdapat dua kemalangan yang meragut tiga nyawa dilaporkan berlaku di lokasi yang sama sejak 31 Disember lepas.
Sementara dalam satu kejadian berasingan, dua lagi lelaki dikejarkan ke HUS akibat kecederaan yang dialami mereka selepas terlibat dalam satu kemalangan di Bandar Baharu Batu Kawah (MJC), juga awal pagi semalam.
Sumber memberitahu, kedua-dua mangsa semasa kejadian menunggang sebuah motosikal dalam perjalanan menuju ke arah sebuah kedai runcit 24 jam untuk membeli rokok iaitu sekitar jam 1 pagi.
Bagaimanapun, motosikal yang ditunggangi mereka itu gagal dikawal sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu dirempuh sebuah kereta menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dari tempat kejadian.
Mereka kemudian dikejarkan ke HUS menggunakan ambulans yang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.
Kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HUS sehingga berita ini ditulis semalam.
--Borneopost
Labels:
B Malaysia
,
Disaster
,
Headlines
Catat Ulasan