Kumpulan Karangkraf dan akhbar Sinar Harian didesak membatalkan penganjuran debat isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian.
Debat yang dijadualkan antara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Abdul Kalid Samad pada 27 Januari ini.
Undang-undang begitu jelas melarang penggunaan kalimah Allah selain daripada yang ditetapkan Islam. Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di semua negeri termasuk Selangor, dibaca dengan Artikel 3 & 11 Perlembagaan Persekutuan sudah terlalu jelas, dan hanya orang jahil sahaja yang tidak akan memahaminya;
Titah Tuanku Sultan Selangor, bersama dengan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Raja Muda Perak berserta pendirian Majlis Raja-Raja Melayu jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam;
Keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam dalam kes tuntutan The Herald adalah jelas dan sepatutnya dihormati semua pihak;
Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1988 cukup terang dan jelas bahawa kalimah Allah adalah persoalan akidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan sebagaimana yang ditetapkan Islam sebagai nama Tuhan Yang Esa, bercanggah dengan fahaman Kristian mempercayai ketuhanan tiga dalam satu dengan konsep anak tuhan;
Ketetapan Majlis Syura Pas pada 13 Januari tahun lepas dan pendirian jelas Timbalan Mursyidul Am Pas dan Ketua Dewan Ulama Pas yang menetapkan bahawa kalimah Allah adalah soal akidah dan tidak boleh digunakan selain yang ditetapkan Islam.
SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Catat Ulasan