Home » , » Kediaman Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Di Tembak Rambang

Kediaman Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Di Tembak Rambang


JERTIH:Enam das tembakan dilepaskan ke arah rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Ibrahim Mohamad, 56, di Kampung Gong Kemas Dalam, dekat sini kira-kira jam 6.15 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa bersama isteri dan seorang anak berada di dalam rumah mereka dan terdengar beberapa bunyi letupan.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian berkenaan disedari isteri mangsa ketika keluar membersihkan rumah jam 8.30 pagi selepas mendapati cermin kereta pecah dan menemui serpihan peluru.

Menurutnya, wanita berkenaan kemudian menelefon suaminya yang ketika itu berada di pejabat memaklumkan kejadian itu.


Katanya, siasatan polis mendapati dua das tembakan mengenai rumah mangsa dan empat das lagi mengenai kereta Mercedes Benz CLK 320 mangsa.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger