Home » , » Padah rakam gambar isteri pesara polis dalam bilik mandi

Padah rakam gambar isteri pesara polis dalam bilik mandi


KUCHING – Polis menangkap seorang remaja yang cuba merakam gambar isteri pesara polis yang berada di bilik mandi di kediamannya dekat Tabuan Laru, di sini, kelmarin.
Suspek ditangkap oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
Dalam insiden sekitar jam 8 malam, Jumaat lalu, pesara polis berkenaan bergegas ke bahagian dapur rumah setelah mendengar isterinya yang berada di dalam bilik mandi menjerit dan memberitahu ada orang cuba mengambil gambarnya semasa mandi.
Dia kemudiannya sempat melihat seorang lelaki yang juga anak jirannya berusia 17 tahun yang tinggal di belakang rumah sedang melompat dari pagar belakang.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching DSP Amihizam Abdul Shukor, suspek juga telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan ketika ditanya oleh pengadu.
“Suspek kemudian terus melarikan diri. Semasa melarikan diri, telefon bimbit Samsung berwarna putih milik suspek telah terjatuh.
“Suspek tidak sempat merakam gambar isteri pengadu yang sedang berada dalam bilik mandi,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.
Suspek yang mula direman semalam turut didapati positif dadah jenis syabu.
Suspek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan, menurut sumber Borneopost.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger