Home » , » Kes rogol: 2 remaja diburu

Kes rogol: 2 remaja diburu


GEORGETOWN – Polis sedang mencari dua remaja untuk membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur di Bayan Baru pada 15 Disember lalu.
Mereka ialah Muhammad Aiman Ariff Aabidin,18, yang alamat terakhirnya No 8, Kampung Sunagi Putat, Bagan Serai, Perak dan Iwan Fikry Razali, 19, dengan alamat terakhir No 418 MK5, Sungai Semambu, Bukit Mertajam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Nurul Ezana Zainal di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau di talian 019-4002790 atau 04-8666222 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran, menurut sumber Sinar Harian.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger