Home » , » ‘Lokasi dikesan musuh’

‘Lokasi dikesan musuh’


Kota Kinabalu: “Saya dimaklumkan oleh anggota (Komando VAT 69) melalui walkie-talkie ada kecederaan anggota kami tetapi pada masa itu saya tidak tahu siapa yang cedera sebab pertempuran sedang berlaku.

“Sejam selepas kecederaan saya diberitahu dua orang saya terkorban iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud. “Tiga cedera iaitu Koperal Azman Ampong, Koperal Tarmizi Hashim dan Lans Koperal Mohd Qaiyum Zolkifli,” kata bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDNKA) Datuk Abd Rashid Harun yang memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Steven Chung, di Kompleks Penjara Pusat Kota Kinabalu Kepayan di sini, semalam.


Beliau memberi keterangan pada hari kedua sebagai saksi pendakwah alam perbicaraan 30 pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Mac tahun lalu.
Perbicaraan 30 orang yang berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah tahun lalu, bermula di Mahkamah Tinggi yang bersidang di Penjara Sabah di sini, kelmarin.


Menurut Abd Rashid, sebelum anggota Komando VAT 69 berkenaan diarah bersiap siaga mengambil tempat masing-masing untuk berhadapan dengan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada 1 Mac lalu.


Abdul Rashid yang bertanggungjawab sebagai pengarah taktikal ketika pencerobohan di Kampung Tanduo itu berkata, beliau diberitahu melalui walkie-talkie mengenai serangan pada 1 Mac itu oleh ketua tiga daripada lima pasukan kecil komando yang ditempatkan dekat kampung itu bersama penembak tepat VAT69 Menurutnya seorang ketua pasukan memberitahu kedudukan mereka sudah dikesan musuh dan dia mendengar bunyi tembakan dalam walkie-talkie.

“Ketika itu jam 10 pagi dan saya diberitahu seorang ketua pasukan, Superintendan Macha berlaku serangan.


“Kemudian seorang lagi ketua pasukan DSP Anwar berkata ‘compromised’ (kedudukan diketahui musuh) dan sekali lagi dengar tembakan.

“Tidak lama selepas itu saya diberitahu ketua pasukan ketiga, DSP Rani, ada kematian dalam pasukannya dan Superintendan Macha turut melaporkan anggotanya cedera,” katanya
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger