Semasa Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said dalam perjalanan pulang selepas selesai pembahgian Dana Bakti Remaja Dun Kijal Dato Seri Ahmad Said yang kebetulan melalui jalan ke Seri Bandi Kemaman teserempak dengan kemalangan yang melibatkan sebuah Viva dan Proton Perdana.
Dalam kemalangan tersebut terdapat 7 orang mangsa yang terlibat, tetapi apa menyentuh hati apabila seorang mangsa perempuan kemalangan di dalam kereta Viva yang dalam keadaan parah tidak di hantar lagi ke hospital kerana menunggu Ambulan menyebabkan MB mengambil tindakan dengan memberi kereta rasmi beliau supaya terus menghantar mangsa ke hospital.
Selepas itu ada mangsa yang tersempit menyebabkan MB menerjah kereta tersebut bersama orang lain yang turut berada di situ bagi mengeluarkan mangsa dan beliau sekali lagi berkeras menahan kereta-kereta yang melalui kawasan kemalangan tersebut agar segera menghantar mangsa-magsa yang terlibat ke Hospital, menurut sumber Terengganu Today.
Walaupun sikapnya di katakan gedebe tetapi sebenar ‘Gedebe beliau adalah untuk menjaga kebajikan rakyat’.
Catat Ulasan