JOHOR BAHRU:Seorang pengurus visual arkitek, Mohd Imran Mohd Ramly, 31, bersama teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, tadi di atas pertuduhan membunuh anak lelaki kepada Mohd Imran yang berusia tiga tahun.
Mohd Imran dan Norhidayah Hamid, 27, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada jam 12 tengah hari, 6 Disember 2013 hingga jam 6.43 petang, 9 Disember 2013.
Mereka didakwa melakukannya di sebuah rumah di Bandar Putra, Kulaijaya.
Mereka didakwa bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran.
Kedua-dua tertuduh mengangguk memahami pertuduhan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Majistret Salina Omar menetapkan 5 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes.
Hmetro
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...


Catat Ulasan