GEORGETOWN - Pertubuhan Perpaduan Dan Kebajikan Islam Pulau Pinang (Isco) mendesak Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) mengharamkan penjualan daging khinzir secara terbuka di sekitar bandar raya ini kerana tindakan itu dilihat seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti orang Islam.
Setiausaha Isco, Muhamad Firdaus Humayoon berkata, MPPP sepatutnya menyediakan tempat khas dan bersesuaian di kawasan tertutup bagi peniaga daging berkenaan berniaga.
Beliau mendakwa antara kawasan yang menjual daging khinzir secara terbuka ialah Lebuh Chulia, Jalan Central, Jalan Kuantan dan Jalan CY Choy.
"Selain menyediakan tempat khas, MPPP sepatutnya menasihatkan peniaga-peniaga supaya jangan berniaga secara terbuka kerana ia menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang Islam di negeri ini.
"Saya juga dimaklumkan ada peniaga yang menjual daging berkenaan tidak mempunyai lesen MPPP dan mengapa pihak berkuasa tempatan itu (MPPP) tidak mengambil sebarang tindakan mengenainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Firdaus ditemui selepas menyerahkan surat aduan mengenai perkara berkenaan kepada wakil Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon, MPPP dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang, di sini.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Jelutong, Mohd Yusmadi Mohd Yusof yang turut hadir berkata MPPP perlu membuat pemantauan lebih kerap di kawasan menjual daging khinzir berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar.
"Kita mahu kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi MPPP ambil tindakan segera bagi mengelak daging khinzir terus dijual secara terbuka, kalau boleh sediakan tempat khas.
"Tujuan kita hari ini menyerahkan aduan bukan mahu menutup perniagaan mereka tetapi biarlah sesuai kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di negeri ini," katanya. - Bernama
SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Catat Ulasan