Home » » Menantu ‘tewas’ di tangan mertua

Menantu ‘tewas’ di tangan mertua


Muar – Seorang lelaki mati manakala seorang lagi parah selepas kedua-dua mereka dikatakan bergaduh menggunakan senjata tajam dalam kejadian membabitkan menantu dengan bapa mentua di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, Lim Wei Kuan, 34, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dapur rumah teres satu tingkat itu dengan empat kesan tikaman di badan manakala bapa mentuanya yang berusia 60-an turut cedera ditetak empat kali di badan dan leher.
Difahamkan, sebelum kejadian, warga emas itu yang ditemani beberapa lelaki pergi ke rumah berkenaan bersemuka dengan menantunya itu bagi mendapatkan penjelasan berkaitan masalah rumah tangga anak perempuannya.
Malangnya, pertengkaran berlaku sebelum seorang daripada mereka mula menyerang menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai.
Pergaduhan yang membabitkan menantu dan bapa mentua itu menyebabkan mangsa ditikam empat kali termasuk dua terkena jantung manakala warga emas itu ditetak empat kali di badan dan leher, lapor Hmetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger