KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Muhdalena diarah bela diri kes amuk di putrajaya
PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang wanita, Muhdalena Ahmad yang terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012 membela diri atas empat pertuduhan yang dihadapinya.
Hakim Mohamed Kamil Nizam membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes.
Peguam M Visvanathan yang mewakili Muhdalena, 28, memaklumkan bahawa anak guamnya akan memberi keterangan membela diri secara bersumpah serta mengemukakan empat saksi termasuk dua pakar psikiatri.
Muhdalena berdepan empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk Muhdalena membela diri menurut laporan harian metro hari ini.
Labels:
B Malaysia
,
crime
Catat Ulasan