1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Home
»
B Malaysia
,
Headlines
»
47 pelajar MRSM Gemencheh dikejarkan ke hospital dipercayai keracunan makanan
47 pelajar MRSM Gemencheh dikejarkan ke hospital dipercayai keracunan makanan
TAMPIN: Seramai 47 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, dekat sini, dikejarkan ke Hospital Tampin, 5 pagi tadi selepas mengadu pening, cirit birit dan muntah dipercayai keracunan makanan.
Pelajar mengadu pening, cirit birit dan muntah mulai jam 1 pagi yang dipercayai berpunca akibat mi goreng yang dimakan kira-kira jam 9 malam di kantin asrama sekolah, lapor Berita Harian.
Mereka dibawa ke Hospital Tampin dengan menaiki bas kerana mengalami gejala serius, manakala 80 pelajar lain yang mengalami masalah sama diarah berehat di asrama kerana tidak serius.
47 pelajar terbabit yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan lima dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke asrama.
Labels:
B Malaysia
,
Headlines


Catat Ulasan