ALOR SETAR - Seorang murid Tahun Satu maut manakala abang dan neneknya cedera parah apabila motosikal ditunggangi mereka dirempuh lori tiga tan di hadapan Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empatdekat sini Ahad.
Dalam kejadian 1.15 tengah hari tadi, Muhammad Syazril Mohd Sharizal, 7, murid di sekolah itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Abang mangsa, Muhammad Syazwan Mohd Sharizal, 9, dan neneknya Che Mah Darus, 67, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Menurut ibu saudara mangsa, Rosmah Azizan, 42, setiap hari ibunya akan menghantar dan mengambil mereka di sekolah.
Kedua-dua beradik itu dijaga oleh nenek dan datuknya sejak mangsa berumur empat bulan selepas ibunya meninggal dunia kerana barah manakala bapa mereka Mohd Sharizal Azizan, 28, bekerja sebagai pemandu mesin padi di Sungai Petani, katanya kepada pemberita ketika ditermui di HSB.
“Dia (mangsa) memang bijak dan rajin dan walaupun masih kecil dia pandai menjaga datuknya yang sakit semasa neneknya tiada di rumah,” katanya dengan sayu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata, pemandu dan kelindan lori itu telah ditahan untuk soal siasat, menurut sumber Bernama.
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...


Catat Ulasan