Home » , » Polis nafi kanak-kanak berusia 5 tahun di rogol sepupu berusia 6 tahun

Polis nafi kanak-kanak berusia 5 tahun di rogol sepupu berusia 6 tahun


ALOR SETAR – Polis hari ini menafikan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol oleh sepupu berusia enam tahun seperti yang dilapor oleh media semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, perkara itu berdasarkan laporan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang diterima oleh pihaknya.
“Ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 1 Januari lepas mendakwa anak mereka dirogol dan polis menasihatkan mereka membuat pemeriksaan di HSB.
“Hasil laporan yang diterima, perkara itu tidak berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau juga berkata, polis tidak pernah mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol kerana kertas siasatan akan dibuka berdasarkan laporan perubatan.
Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dirogol oleh sepupu lelaki berusia enam tahun ketika bermain ‘ibu bapa’ dalam kejadian 29 Disember di sebuah rumah di Pendang, menurut sumber Bernama.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger