SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Nenek, cucu nyaris rentung
BESUT – Seorang nenek bersama empat cucunya nyaris rentung selepas rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Gong Maksom, Alor Lintah dekat Jertih, minggu lalu.
Bagaimanapun dalam kejadian jam 11 pagi itu, warga emas, Siti Aminah Abdullah, 75, dan empat cucunya berusia 3 hingga 11 tahun sempat menyelamatkan diri melalui pintu dapur.
Menurut Siti Aminah, ketika berada di bahagian dapur, salah seorang cucunya memberitahu terhidu asap sebelum melihat api dari dalam bilik tidur.
“Kemudian cucu makcik menjerit rumah hendak terbakar sebelum kami semua keluar selamatkan diri melalui pintu dapur.
“Pada masa sama saudara yang tinggal berdekatan datang bantu selamatkan makcik dan cucu selepas terlihat api di bahagian bumbung rumah,” katanya.
Siti Aminah berkata, keadaannya yang uzur menyebabkan dia hampir merangkak ketika cuba menyelamatkan diri dan hanya selang beberapa minit kemudian, api marak cepat membakar rumah pusaka peninggalan arwah suaminya itu.
Menurutnya, akibat kebakaran itu dia tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting, manakala sebuah kereta Proton Saga Iswara yang diletakkan di tepi rumah turut rosak.
"Paling sedih cuculah, semua pakaian dan buku sekolah untuk penggal persekolahan baru musnah menyebabkan ibu bapa mereka terpaksa beli pakaian baharu," katanya.
Kata Siti Aminah, semasa kejadian anaknya, Wan Asiah Wan Daud, 41, kakitangan Klinik Kesihatan Jabi dan suaminya, Ahmad Shaiful Nizam Abd Rahman, 42, pembantu perubatan di Hospital Besut tiada di rumah kerana bertugas.
Walaupun kerugian dianggarkan bernilai RM160,000, Siti Aminah tetap bersyukur kerana dia dan cucunya selamat.
Lebih menggembirakan, ibu tunggal itu bakal mendapat bantuan untuk membina rumah baharu.
Berita gembira itu disampaikan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Muhammad Pehimi Yusof ketika melawatnya, kelmarin.
Menurut Adun Jertih itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memproses bantuan untuk mangsa dan akan diusahakan secepat mungkin.
“Ketika kejadian saya berada di Tanah Suci menunaikan umrah dan apabila kembali saya melawat keluarga ini bagi memastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya,” katanya,
Hadir sama dalam lawatan tersebut, Pengarah Hospital Besut, Dr Azmaliza Abd Rahman dan Pegawai Kebajikan Daerah, Dalila Mohd Nasir.
--Sinar Harian
Labels:
B Malaysia
,
Headlines
Catat Ulasan