Home » , » Pemilik akaun FB ‘Man Namblast’ diburu polis

Pemilik akaun FB ‘Man Namblast’ diburu polis


GOMBAK – Berikutan satu komen penghinaan yang dikeluarkan melalui akaun laman sosial facebook ‘Man Namblast’ yang mengguris sensitiviti penganut agama Hindu, pihak polis telah menerima sebanyak 131 laporan polis daripada beberapa buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Johor yang meminta supaya pihak polis melakukan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pemilik akaun facebook tersebut.
Rentetan isu tersebut, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Sek 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. Pihak polis juga sedang berusaha mengesan pemilik profile ‘Man Namblast’ untuk tindakan selanjutnya.
Pihak polis menasihatkan kepada semua pelayar laman sosial facebook supaya menggunakan laman sosial tersebut dengan lebih berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang berbaur hasutan dan menyentuh sensitiviti perkauman yang boleh menyinggung perasaan sesuatu kaum serta boleh memecah belahkan perpaduan masyarakat sejagat.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger