Home » , » Perbuatan jijik remaja perempuan

Perbuatan jijik remaja perempuan


MELAKA – Akibat mencuri di sebuah pasar raya bulan lalu, seorang remaja perempuan dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nurul Farahana Othman, 20 selepas tertuduh mengaku salah termasuk meneliti semua fakta kes yang disabitkan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri 57 barangan terdiri dari pakaian bayi, pakaian orang dewasa dan kasut yang kesemuanya bernilai RM2,800.
Antara barangan bayi yang dicuri ialah baju bayi berjenama Kiko, Disney dan Hush Puppies sementara bagi pakaian dewasa dan kasut pula kameja-T dan seluar wanita jenama Nicole dan Revsport manakala kasut jenama Hush Puppies yang kesemuanya bernilai RM2,800.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Pasar Raya Aeon, Jalan Panglima Awang di sini pukul 10.15 malam pada 12 Disember tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanua sekali, menurut sumber Sinar Harian.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger