SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Puas nafsu di laman sosial
Kuala Lumpur – Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.
Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.
Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** Anis please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.
Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau, menurut sumber Hmetro.
Labels:
B Malaysia
,
Headlines
Catat Ulasan