SHAH ALAM – Gara-gara kejadian murid tersepit kepala pada kerusi baru-baru ini ‘kejadian’ tersebut seolah-olah telah mencetuskan satu ‘fenomena’ baru di laman sosial sehingga dijadikan parodi.
Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook dan blog mendapati ‘fenomena’ tersepit pada kerusi ini turut ‘berlaku’ kepada artis, tentera dan tidak ketinggalan haiwan.

Semalam Sinar Harian Online melaporkan permulaan murid untuk memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2014 terselit dengan adegan ‘mencuit hati’ dan tak kurang juga yang mencemaskan.
Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi, menurut sumber Sinar Harian.
Catat Ulasan