Home » , » Punca Sebenar Pesawat Cessna 172 Terhempas di Ulu Yam

Punca Sebenar Pesawat Cessna 172 Terhempas di Ulu Yam

GOMBAK: Pesawat ringan Cessna bersama dua pelatih pembantunya di Empangan Batu ditemui pasukan penyelamat, kira-kira 2.45 pagi tadi

Juruterbang, Saiful Farid Amri, 40, Shaiful Zafeq Razali dan Yed Haidhar Syed Zulkifli, masing-masing berusia 25 tahun berjaya dibawa keluar kira-kira jam 7.46 pagi tadi.
Mereka kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Pengarah Bomba Selangor, Othman Abdullah berkata dua mangsa parah manakala seorang lagi cedera.


Sementara itu, ibu Syed Haidhar yang ditemui di hospital, berkata anaknya memberitahu nahas berlaku kerana mereka cuba mengelak helang.


Syarifah Hatun Hanisah Syed Abd Rahman, 46, berkata: "Haidhar berkata, selepas elak helang, pesawat langgar pohon buluh dan terhempas."

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dipetik berkata, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada 4.43 semalam.

Menurutnya, pesawat berkenaan dinaiki seorang juruterbang, pembantunya dan seorang penumpang.

“Ketika terputus hubungan pesawat dilaporkan terbang rendah dan hilang ketika berada di ruang udara Hulu Selangor.

Difahamkan pesawat milik Royal Selangor Flying Club itu sedang menjalankan latihan penerbangan di kawasan Rawang dan Batu Caves menurut sumber harian metro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger