Home » » Mayat bayi dalam gaung: Wanita dakwa diperkosa ejen pekerja asing

Mayat bayi dalam gaung: Wanita dakwa diperkosa ejen pekerja asing


Kuala Lumpur – Kematian bayi lelaki berusia enam bulan yang mayatnya dibuang ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands, dipercayai membongkar kegiatan eksploitasi seksual terhadap pendatang asing tanpa izin di Shah Alam sejak beberapa tahun lalu.
Ibu bayi itu yang berusia 30-an mendakwa dia dirogol oleh seorang pelanggan agensi pekerja asing sehingga melahirkan anak berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata selepas wanita itu dimaklumkan oleh majikan mengenai kehilangan anaknya, dia cuba menghubungi majikannya yang berusia 41 tahun tetapi gagal.
Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis pada 31 Mei lalu, sekali gus membongkar kejadian yang menimpa dirinya yang menjadi mangsa rogol.
Berdasarkan laporan wanita itu, polis menyerbu asrama pekerja agensi berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam, dan menemui tiga wanita warga Indonesia. Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal dikesan.
“Dengan bantuan wanita itu, polis berjaya memujuk isteri lelaki berkenaan untuk datang ke asrama berkenaan sebelum ditahan, jam 4 petang semalam (kelmarin).
“Selepas isterinya ditahan, suspek menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin),” katanya, semalam.
Abdul Samah berkata, lelaki itu kemudian mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia di asrama pekerja pada Sabtu lalu.
Selepas itu, dia membungkus mayat bayi berkenaan dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands.
“Suspek memberitahu mayat bayi itu dibuang ke dalam gaung manakala bagasi dibuang di satu lokasi di Gohtong Jaya,” katanya, lapor Berita Harian.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger