KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menahan suspek kedua dalam kejadian samun menggunakan M-16 di Tanah Merah pada 30 Disember lalu, berusia 37 tahun di samping dua wanita yang membantu suspek melarikan diri di sebuah rumah di Kampung Padang Rokma, Wakaf Bharu, Tumpat malam kelmarin.
Kesemua suspek ditahan pada jam 10 malam dalam satu serbuan dan kini polis giat mengesan seorang lagi lelaki berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Hasdera untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dua wanita masing-masing berusia 55 merupakan isteri kepada Hasdera dan seorang lagi anak tirinya berusia 32 tahun yang disyaki membantu suspek melarikan diri semasa kejadian.
“Dalam pemeriksaan yang dilakukan dalam rumah itu juga kita turut merampas sebuah kereta jenis Proton Perdana, kunci dan empat telefon bimbit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Kenderaan dan Rumah sempena pelancaran MD Life Sdn Bhd, semalam.
“Ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Mazlan berkata, polis kini masih memburu seorang lagi suspek yang beralamat di Jalan Wakaf Bharu.
Dalam kejadian 30 Disember lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan selaras M16, kira-kira setengah jam selepas suspek merompak sebuah kedai serbaneka di bandar Tanah Merah. Kejadian itu merupakan yang pertama seumpamanya di negeri ini dan polis masih menyiasat berhubung kejadian itu.
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...


Catat Ulasan